“Hei! Kamu semua nak pergi mana tu? Ya Allah,budak - budak ni….” Itulah rutin harianku.Hampir setiap pagi aku mengejar kanak-kanak ‘sindrom down’ ini. Maklumlah, aku mengajar di kelas yang ‘hyperactive’ semuanya. Tapi, alhamdulillah aku berpeluang mengajar penghuni-penghuni syurga ini. “Cikgu! Cikgu! Jomlah pergi makan” tarik salah seorang pelajarku yang berbadan bulat. “Heh!Awak ni…, makan, makan, makan.Waktu ni kan waktu belajar…Tadi waktu rehat awak buat apa? “soalku.”Saya sakit perutlah cikgu…Saya tak sempat makan pun..Tengok seluar saya ni,basah cikgu! jawabnya. ”Macam-macam awak ni..,tadi pergi tandas dah basuh ke belum?” soalku lagi.”Mestilah sudah..,kalau tak basuh nanti ..,bau busuk!” jawabnya dengan petah. Aku menahan tawaku ”Dahlah, pergi masuk kelas.”arahku. Dia terus berlari menuju ke kelasnya. Macam-macam karenah mereka ni. Hari ini,aku mengajar kanak – kanak khasku mengenal pasti bentuk yang mereka lihat. “Baiklah,bentuk apa ini?” tanyaku. “Bulat!”jawab mereka.”Pandainya, cuba kamu lukis bentuk bulat ini. Cikgu nak tengok siapa paling pandai”arahku. Mereka semua melukis dengan tekun. Mereka sebenarnya pandai,cuma fizikalnya saja tidak sesempurna yang lain. Jadi, sebagai Guru Pendidikan Khas aku harus mendidik mereka agar tidak dipandang rendah oleh manusia normal yang lain. Sebenarnya, ada juga ibubapa yang tidak dapat menerima hakikat yang anak -anak mereka pelajar khas. Ramai di antara mereka ahli perniagaan.Tapi,itu hanya berdasarkan pengalamanku saja.
Kringgg! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat..”Cikgu! Cikgu!” suara itu memanggilku dengan nada berbisik.Aku mencari punca suara itu tapi tiada siapa-siapa di belakangku.Aku terus berjalan menuju ke kelasku. ”Cikgu! Cikgu Hanna!” Kali ini nadanya berbeza sedikit.Aku mencari lagi siapa yang memanggilku. Rupa-rupanya Ninie. Budak ini,suka kacau orang yang lalu lalang di depan kelasnya. “Ha?! Apahal awak panggil saya?”tanyaku. “Cikgu ala kabar?” jawabnya.Apa yang dia cakap ni? Aku tidak memahaminya.”Apa awak cakap ni?”tanyaku.”Cikgu…,ala kabar?”katanya geram.Aku tersenyum. Rupa-rupanya, dia bertanyakan khabarku.”Sihat..Awak ni..,kan saya mengajar kelas awak sebentar lagi.., awak tanyalah saya dalam kelas nanti.Emm..” Ninie ketawa kecil melihatku.Walaupun percakapannya tidak berapa jelas,namun dia seorang pelajar yang pintar. Tapi, harus berhati-hati kerana kanak -kanak ‘sindrom down’ sepertinya boleh bertindak ganas juga. Selepas waktu rehat tamat, aku mengajar kelas Ninie. Hari ini aku mengajar mereka menyebut sebutan dengan jelas. ”Baiklah,cuba sebut i..bu..sa..ya..can..tik.Cuba awak sebut..,Ninie,”kataku. Ninie berdiri dan menyebut, “I.. bu.. sa..la.. cen..dek..””Heh?!Apa awak sebut ni..?”tanyaku.”Takpa,cuba awak sebut, a.. yah.. per.. gi.. pan.. cing.. i..kan.”Ninie mencuba lagi.”A..yah.. pe.. gi.. ken.. cing.. jam.. ban.” Aku terseyum. Pelajar - pelajar lain turut tersenyum tapi besertakan ketawa. Hari itu penuh dengan gelak tawa bagiku.Semakin hari, semakin baik sebutan mereka. Itulah yang memuaskan hati guru – guru. Setiap hari Jumaat, aku akan mengajar kelas pelajar – pelajar buta. Hari itu, aku mengajar mereka menulis perkataan Braille. Mereka belajar dengan tekun. Perhatianku tertumpu kepada seorang pelajar perempuan di dalam kelas itu. Dia seakan – akan tidak berminat pada hari itu. Aku mendekatinya. Aku menyuruhnya menungguku di dalam kelasnya waktu pulang nanti. Dia mengangguk malas. Tepat pukul 1 petang,aku menuju ke kelasnya. Aku duduk berhadapan dengan wajahnya.
“Mariam,awak ada masalah ke? Saya tengok, awak macam tidak berminat sewaktu di dalam kelas tadi. Guru-guru lain juga menyedari perkara itu. Ada apa sebenarnya?” tanyaku.”Sebenarnya…” jawabnya seperti mahu tidak mahu berterus-terang kepada ku. “ Kalau awak ada masalah, awak boleh percayakan cikgu. Mana tahu masalah itu dapat kita selesaikan bersama-sama?” responku kepada tindakanya. Jauh di sudut hati, aku tahu ada sesuatu yang menggangu fikiran gadis ini. “Begini cikgu..” katanya memulakan bicara. “Saya tinggal bersama nenek saya. Sebulan yang lalu…” Dia memberhentikan ceritanya.Tanpaku duga, air matanya mengalir di pipinya. ”Sebulan yang lalu..saya ada terdengar perbualan nenek bersama mak dan ayah saya..Ayah cakap yang dia nak tinggalkan mak.
“Ibu,saya dah tak tahan lagi tinggal kat sini!Saya nak ceraikan isteri saya ni.”kata ayah pada nenek. “Dahlah perempuan ni mandul,anak pula buta! Tak boleh di harap!Dulu aku suruh gugurkan kandungan kau..,kau tak mahu!”sambung ayah lagi. Kali ini pada mak. Mak menangis lalu menjawab,”Dia rezeki Allah,bang..Walaupun dia buta,tapi dia boleh mendengar.Hancur hati dia kalau dia tahu abang cakap macam ni….” Saya terus keluar dan mendapatkan mak saya. “Tu!Anak tak guna kau tu!Eh,aku malu ada anak macam kau, tahu tak?Aku rasa kau bukan anak aku!Entah dengan siapa mak kau buat..,terus dapat kau!Aku tak ada anak buta macam kau,” kata ayah pada saya.Saya terus menjawab, “Astaghafirullah…..,saya memang cacat ayah..,tapi jangan tuduh mak macam tu!Saya tak kisah kalau ayah hina saya,tapi jangan mak!”. Mak terus memeluk saya. Air mata saya tidak dapat ditahan lagi. Ayah cuba menampar saya,tapi terkena mak. Kepala mak terus terkena tangga. Kepala mak berdarah!!Pada saat itu juga mak menghembukan nafas terakhir di depan saya . Ayah pula terus pergi.
“Begitulah ceritanya cikgu,”kata Mariam padaku. Air mata ku mengalir deras.”Mariam,awak mesti belajar bersungguh – sungguh supaya awak dapat membalas jasa mak awak dan buktikan pada ayah awak yang awak boleh hidup tanpa dia,”kataku ikhlas. Aku menghantarnya pulang. Dia berjanji akan membalas jasa ibunya. Esoknya, semua guru – guru di beritahu yang ujian khas akan di jalankan pada tiga bulan lagi. Semua guru-guru di minta bersedia untuk ujian itu.Hari – hariku hanya untuk mengajar mereka. Pelajar-pelajarku pula sudah semakin tekun termasuklah Mariam. Prestasi pelajar – pelajar ‘sindrom down’ juga sudah semakin baik menjelang peperiksaan ini. Aku diberitahu,pelajar yang cemerlang di dalam ujian khas ini akan di hantar ke luar negara untuk latihan yang lebih baik. Maklumlah, di sana banyak peralatan yang canggih – canggih belaka.
Pada 15 Jun 2007,semua pelajar –pelajar khas seluruh Malaysia mendudukinya. Pada hari itu,aku berasa gementar kerana aku takut pelajar- pelajarku tidak cemerlang di dalam ujian ini. Dua bulan selepas itu, keputusan ujian mereka keluar. Tapi sayangnya hanya kami,guru – guru tidak dibenarkan mengetahui keputusan itu. Seminggu kemudian,aku tidak lagi melihat kelibat pelajar – pelajarku lagi.Yang tinggal hanya pelajarku yang berusia 6 hingga 15 tahun sahaja. Aku kebinggungan. Di mana mereka semua ?Adakah mereka berpindah ke sekolah lain? Macam – macam bermain di fikiranku saat itu.
Dua tahun berlalu, aku sudah pun berumur 28 tahun.Satu hari,sedang aku menyemak buku-buku pelajarku..,aku didatangi oleh seorang perempuan yang aku kira berusia 20 tahun.”Assalamualaikum, cikgu,”kata perempuan becermin mata hitam itu. ”Waalaikummussalam,”jawabku tenang walaupun aku tidak mengenalinya. ”Cikgu,sekarang saya sudah berjaya.Saya sudah menamatkan pengajian saya di luar negara,cikgu,”katanya lagi. Aku tidak mengerti apa yang dia bicarakan.Dia membuka cermin mata hitamnya. Matanya buta! “Awak ni…,Mariam kan?” tanyaku padanya. Dia menganggukkan kepalanya.Aku terus memeluknya. ”Alhamdulillah….”ucapku syukur. Tanpaku duga,pelajar – pelajarku yang aku cari selama ini semuanya telah di hantar ke luar negara.Aku sujud syukur menyembah Yang Esa. “Terima kasih,cikgu,”kata Mariam kepadaku. “Pelajar – pelajar yang lain kirim salam kat cikgu dengan ucapan terima kasih,” katanya lagi.”Waalaikummussalam..,sama-sama.”Kini, Mariam bekerja bersamaku di sekolahnya dulu sebagai Guru Pendidikan Khas. Aku berharap agar semangatnya dapat dicontohi oleh pelajar-pelajarnya. Jika dulu aku menjadi pembakar semangatnya, ku harap kini dia menjadi pelita menerangi dunia gelap kanak-kanak buta disini. Amin.
nukilan: arrayyan_falah